Kemahiran Lisan

Standard Pembelajaran: 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menngunakan ayat majmuk


Arahan: Baca cerita. Kemudian, ceritakan semula



Pada suatu hari, Miah membawa adiknya ke sekolah. Sekolah Miah mengadakan Hari Kantin.

Apabila sampai di sekolah, sudah ramai orang berada di sana. Miah berjumpa dengan kawan-kawannya. Mereka berjalan bersama-sama.

Tanpa disedari, adik Miah sudah tiada bersamanya. Apabila kawan Miah bertanyakan tentang adiknya, barulah Miah tersedar. Miah ketakutan.

Kawan-kawan Miah menolong Miah mencari adiknya. Tiba-tiba, mereka mendengar pengumuman tentang kehilangan kanak-kanak dari tempat urus setia.

Miah berlari ke tempat urus setia untuk mendapatkan adiknya. Miah bersyukur kerana adiknya telah dijumpai. 






No comments:

Post a Comment