Kemahiran Menulis

Standard Pembelajaran: 3.5.1 Mencatat maklumat penting dengan betul daripada pelbagai sumber


Arahan: Tulis maklumat berdasarkan dialog


Udang Kering Beluran

Farid  : Ayah, lihat label pada bungkusan udang kering ini.

Ayah  : Label ini menunjukkan udang kering ini dari Kampung Kolapis, Beluran, Sabah. Penduduk di
            kampung ini terdiri daripada suku kaum Bajau.

Farid  : Udang kering ini bersaiz besar dan segar ayah.

Ayah  : Ya, Farid. Ada dua jenis udang yang diproses untuk dijadikan udang kering, iaitu udang bakau dan
             udang pasayan

Farid  : Di manakah udang-udang ini ditangkap, ayah?

Ayah  : Udang-udang ini ditangkap di laut untuk dijadikan udang kering

Farid  : Apakah khasiat udang kering, ayah?

Ayah  : Oh, udang kering kaya dengan protein dan vitamin!



Tempat Pengeluaran : 

Suku kaum                 :

Saiz                             :

Tempat tengkapan    :

Jenis udang               :

Khasiat                      :







No comments:

Post a Comment