Kemahiran Membaca

Standard Pembelajaran: 2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan bahan grafik dengan betul


Arahan: Baca dan fahami petikan. Kemudian, jawab soalan secara lisan



Ahli Perniagaan Berjaya

Tan Sri Azman Hashim seorang ahli perniagaan. Beliau dilahirkan pada tahun 1939 di Kuala Lumpur. Beliau menghadiri latihan sebagai akauntan berkanun pada tahun 1955. Beliau memulakan kerjaya dalam sektor perbankan di Bank Negara Malaysia. 

    Beliau berjaya menyahut pelbagai cabaran. Selepas meletakkan jawatan di Bank Negara Malaysia, beliau memulakan perniagaan firma perakaunan. Perniagaan beliau semakin meluas seperti dalam bidang perbankan dan harta tanah.

   Selain itu, beliau banyak memberikan khidmat untuk masyarakat. Antara program yang dilaksanakan oleh beliau termasuklah Bengkel Celik Kewangan untuk golongan miskin.

   Beliau sering mengingatkan kita bahawa usaha yang gigih akan membawa kejayaan. Kita juga perlu sentiasa menanamkan sikap positif dan gigih dalam diri kita. Oleh itu, kita perlu mencontohi sikap beliau.






No comments:

Post a Comment