Kemahiran Membaca

Standard Pembelajaran: 2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.


Arahan: Baca dan fahami petikan



Bersenam Menjamin Kesihatan

Bersenam baik untuk kesihatan kita. Antara faedah bersenam ialah tubuh kita akan segar dan sihat. Jika tubuh kita sihat, kita tidak mudah diserang penyakit. Senaman juga dapat membantu tubuh mencegah penyakit. Jika kita bersenam, anggota badan menjadi kuat dan sihat. 

    Selain itu, senaman akan menjadikan kita cergas dan bertenaga. Oleh itu, kita dapat membuat kerja dengan lancar. Seterusnya, senaman juga membolehkan otak kita cerdas dan kita akan dapat belajar dengan baik. 






No comments:

Post a Comment